Kejayaan membanggakan buat Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila Prof. Dr. Lai Oi Ming, pensyarah di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) dan penyelidik utama di sebalik inovasi REMDII Ultrasensitive Daily Advance Intensive Barrier Repair Cream, mengetuai syarikat pemula Lipidware Sdn. Bhd. di bawah program InnoHub UPM untuk merangkul dua anugerah tertinggi di National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
🆠Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan Tahun Pengkomersialan 2024 – Johan
🆠Anugerah Keseluruhan Tahun Pengkomersialan Malaysia 2024 - Pemenang Utama
Produk inovatif berasaskan minyak sawit tempatan ini bukan sahaja membantu pesakit ekzema, malah menjadi bukti bahawa penyelidikan hasil kepakaran akademik UPM mampu diterjemahkan kepada produk berimpak tinggi yang menembusi pasaran global.
Kejayaan ini mengukir sejarah baharu buat FBSB dan UPM, memperkukuh peranan universiti sebagai peneraju inovasi dan keusahawanan penyelidikan negara. Prof. Dr. Lai Oi Ming kini menjadi simbol kecemerlangan akademik yang menjulang nama UPM di persada antarabangsa.
Tarikh Input: 10/10/2025 | Kemaskini: 10/10/2025 | nazriah

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia