🌿 Booth FBSB Jadi Tumpuan Di Postgraduate Open Day UPM 2025! 🎓 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » 🌿 Booth FBSB Jadi Tumpuan di Postgraduate Open Day UPM 2025! 🎓

🌿 Booth FBSB Jadi Tumpuan di Postgraduate Open Day UPM 2025! 🎓

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) menerima sambutan yang menggalakkan sempena Postgraduate Open Day UPM 2025 yang berlangsung pada 15 Oktober 2025 di Dewan Taklimat Serdang.

✨ Seramai 70 pengunjung hadir ke booth FBSB — dengan 22 orang menyatakan minat untuk menyertai pengajian siswazah (by research) dan 9 orang berminat dengan program Sarjana Sains Bioteknologi Molekul (MBB).

Booth FBSB turut menerima kunjungan YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, Naib Canselor UPM, yang berinteraksi dengan wakil fakulti serta meninjau pameran produk penyelidikan.

👏 Pameran ini diselaras oleh Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) dengan penglibatan:
Dr. Syarifah Alawieyah Syed Mortadza (Penyelaras Promosi Siswazah),
Dr. Mohamad Zulfazli Mohd Sobri (Penyelaras Program MSKK), dan
Ts. Dr. Nur Sharmila Sharip (Ketua Pameran Produk Penyelidikan).

💡 Tahniah dan terima kasih kepada semua warga FBSB atas kerjasama dan komitmen yang cemerlang dalam mempromosikan program siswazah dan penyelidikan fakulti!

Tarikh Input: 16/10/2025 | Kemaskini: 16/10/2025 | nazriah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
X, (09:34:10am-09:39:10am, 13 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]