Panduan Penghantaran Abstrak | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL biotech
» PASCASISWAZAH » BIOTECH INTERNATIONAL POSTGRADUATE SYMPOSIUM 2027 » Panduan Penghantaran Abstrak

Panduan Penghantaran Abstrak

 

1. Penghantaran abstrak dibuka secara dalam talian sehingga 30 Oktober 2026 [Muat turun templat abstrak].

2. Abstrak yang dihantar hendaklah berkaitan dengan salah satu daripada trek tema berikut:

  • Trek 1: Bioteknologi Perubatan
  • Trek 2: Bioteknologi Makanan dan Pertanian
  • Trek 3: Bioteknologi Alam Sekitar
  • Trek 4: Bioteknologi Industri
  • Trek 5: Bioteknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (AI)
  • Trek 6: Inovasi, Pengkomersialan dan Biokeusahawanan

3. Semua abstrak hendaklah dihantar hanya melalui sistem penghantaran dalam talian. Penghantaran melalui pos, e-mel, faks atau aplikasi pemesejan tidak akan dipertimbangkan.

4. Abstrak hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris.

5. Tajuk abstrak mestilah jelas, ringkas dan menggunakan tatabahasa yang betul. Penggunaan singkatan hendaklah dielakkan.

6. Penulis bertanggungjawab memastikan ejaan dan tatabahasa adalah tepat. Jawatankuasa BIPS 2027 berhak membuat pindaan kecil bagi tujuan meningkatkan kejelasan dan ketepatan bahasa.

7. Semua abstrak akan melalui proses penilaian oleh penilai secara sulit (confidential peer review). Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa BIPS 2027 adalah muktamad.

8. Penghantaran abstrak selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

9. Makluman keputusan penerimaan abstrak akan dihantar melalui e-mel.

 

Kemaskini:: 21/07/2026 [yasminani]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
X, (07:37:10am-07:42:10am, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]