Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Encik Aminuddin bin Haji Amenon pada 3 Oktober 2022 (Isnin) pukul 9:00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, FBSB, UPM.
Kunjungan beliau ke FBSB telah disambut mesra oleh Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa, Dekan dan Ahli Pengurusan FBSB, UPM. Beliau telah diberi taklimat mengenai latar belakang dan pelan strategik FBSB. Selain itu, Ahli Pengurusan FBSB telah mengambil peluang berkongsi pengalaman dan idea beliau bagi meningkatkan sumber pendapatan dalaman menerusi beberapa inisiatif.
Majlis ini telah diakhiri dengan penyerahan surat pelantikan CEO@BIOTECH dan penyampaian cenderahati.
Tarikh Input: 13/10/2022 |
Kemaskini: 13/10/2022 | m_radzi
PERKONGSIAN MEDIA