UTAMA | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

PENGALAMAN

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech UPM) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 yang menggabungkan dua buah jabatan iaitu Jabatan Bioteknologi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi dan Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Dengan tertubuhnya BioTech UPM, semua aktiviti yang melibatkan bioteknologi di UPM dapat diselaraskan dibawah satu pentadbiran. Sejak ditubuhkan, BioTech UPM mengandungi empat buah jabatan yang terdiri daripada :

  1. Jabatan Teknologi Bioproses
  2. Jabatan Biologi Sel dan Molekul
  3. Jabatan Biokimia
  4. Jabatan Mikrobiologi

Fakulti menawarkan empat program akademik pada peringkat Prasiswazah iaitu :

  1. Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian
  2. Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian
  3. Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian
  4. Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian.


Bagi pengajian peringkat Siswazah, Fakulti menawarkan program Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Bidang-bidang kajian yang ditawarkan adalah Bioteknologi Sel Haiwan, Biokimia, Bioinformatik dan Biologi Sistem, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Enzim dan Makanan, Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Mikrob, Mikrobiologi, Nanobioteknologi, Bioteknologi Tumbuhan dan Biologi Struktur.


KEPAKARAN

Setiap jabatan menawarkan kursus teras dan elektif sebagai program pengajian jabatan masing-masing. Selain dari pengajaran, pegawai akademik juga terlibat di dalam penyelidikan, perkhidmatan pengenbangan dan perundingan. Walaupun BioTech UPM merupakan fakulti yang baru, semua pegawai akademik adalah berpengalaman dan mempunyai kemahiran teknikal yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing yang melibatkan bidang Bioteknologi.  Fakulti mempunyai seramai 70 orang staf Kumpulan Pengurusan & Profesional Akademik merangkumi 11 orang Profesor, 15 orang Profesor Madya, 40 orang Pensyarah Kanan dan 4 orang Tutor.

 

 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Fakulti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat profesional yang lengkap dan terkini seperti :

  1. Dewan Kuliah
  2. Bilik Kuliah
  3. Bilik Komputer
  4. Ruang Belajar
  5. Makmal Pengajaran
  6. Makmal Penyelidikan
  7. Bilik Seminar
  8. Bilik Tutorial
  9. Bilik Perbincangan
  10. Bilik Persatuan Pelajar
  11. Bilik Mesyuarat
  12. Kemudahan Internat/Wifi
  13. Surau
  14. Kafeteria


KOLABORASI ANTARABANGSA

Fakulti juga sangat aktif dalam menjalinkan hubungan kerjasama bersama universiti-universti antarabangsa bagi memperluaskankan lagi kerjasama dalam perkembangan akademik dan penyelidikan, antara Universiti yang terlibat adalah :

  1. Nara Institute of Science and Technology
  2. Okayama University
  3. Funtional Food Creation Research Institute Co. Ltd.
  4. Kyushu Institute of Technology
  5. Tropbio Research Sdn. Bhd.
  6. Thamar University
  7. The Chancellor Master and Scholars of The University of Oxford
  8. Chulalongkorn University
  9. Thailand Institute of Science and Technological Research (TISTR)

JAMINAN KUALITI PROGRAM

Program akademik fakulti mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 dan telah diberikan status swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Program-program ini dinilai setiap tahun oleh penilai luaran bebas daripada institusi terkemuka luar negara dan juga disemak setiap 5 tahun bagi menambahbaik kualiti program yang dismpaikan

PRASISWAZAH PASCA SISWAZAH
 Syarat Kemasukan | Program Pengajian | Yuran Pengajian

Bidang Pengajian | Syarat Kemasukan | Yuran Pengajian | Panduan Permohonan | Makluman

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.  

 Peluang Pekerjaan Terkini

 

 

 

 

 

artikel
COVID-19 Vaccinations for Children
It is widely accepted that vaccination is key to bringing the COVID-19 pandemic under control by preventing severe disease. Due to the global disease distribution and diverse populations affected, multiple vaccine platforms are needed to overcome limitations in manufacture,
COVID-19 Vaccinations for Children
Aiding Diabetics Via Bitter Gourd Product
Aiding Diabetics Via Bitter Gourd Product
Peria Katak Merawat Luka Kencing Manis
Peria Katak Merawat Luka Kencing Manis
Artikel-artikel lain...
berita
Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak Terima Anugerah L’Oreal-UNESCO For Women in Science
Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak Terima Anugerah L’Oreal-UNESCO For Women in Science
KUALA LUMPUR, 30 November – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Professor Madya Dr Mariatulqabtiah Abdul Razak telah menerima anugerah berprestij L’Oreal-UNESCO For Women in Science 2022 (Program Malaysia) yang diadakah secara bersemuka buat pertama kalinya semenjak pandemik di Parkroyal Collection
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
;
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KELESTARIAN HIJAU ECOBIOTECH FBSB [19 September 2023]
;
SPM 2019: SAINTIS MALAYSIA DI ANTARTIKA [10 JUN 2019]
;
OIL PALM BIOMASS NANOCELLULOSE - UPM
;
Technology transfer from Biorefinery Complex (Environmental Biotechnology Research Group) Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences UPM to Terengganu Management Development Berhad (TDM Berhad) for the production of biocompost from oil palm biomas
ikuti kami
fb.png
google+.png
youtube.png
SXDTSAp~