Mikrobiologi | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» PENYELIDIKAN » Bidang Kepakaran » Mikrobiologi

Mikrobiologi

Mikrobiologi adalah satu bidang kajian organisma mikroskopik. Oleh kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kewujudan mereka pada awalnya telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Berikutan ciptaan mikroskop, bidang ini telah berkembang dan maju  menembusi pelbagai disiplin penyelidikan. Mikrobiologi adalah bidang pengajian yang merangkumi banyak cabang sains tulen dan gunaan. Ini merangkumi fisiologi, selular dan struktur biologi, genetik, biokimia, bioteknologi nano dan astro, biologi molekul, sistematik dan taksonomi, bioteknologi alam sekitar, ekologi dan virologi. Walaupun dikaitkan dengan penyakit, mikrob adalah berfaedah dalam pelbagai proses industri. Mereka telah dieksploitasi dengan kesan meluas dalam mengekalkan dan menambah baik kehidupan manusia seperti dalam penghasilan antibiotik, asid amino, enzim dan biopolimer yang direka untuk aplikasi perubatan, dan dalam bioremediasi sisa domestik, pertanian dan industri. Walaupun mikroorganisma telah dikaji selama lebih 400 tahun, sehingga kini, identifikasi dan ciri-ciri mereka masih tidak lengkap. Ini menyorot kepada kepentingan bidang Mikrobiologi untuk penerokaan masa hadapan.


Senarai Pakar


Assoc. Prof. Dr. Patricia King Jie Hung
Dr. Leong Sui Sen 

 

Kemaskini:: 11/04/2018 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdBAH~