Bioteknologi Alam Sekitar | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» PENYELIDIKAN » Bidang Kepakaran » Bioteknologi Alam Sekitar

Bioteknologi Alam Sekitar

Bioteknologi Alam Sekitar merupakan integrasi pelbagai disiplin di dalam sains dan kejuruteraan, yang memfokus kepada pembangunan, penggunaan dan kawalan sistem biologi seperti mikroorganisma, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya, untuk pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar dan untuk penggunaan sumber secara mampan. Ia melibatkan proses yang mesra alam (teknologi hijau dan pembangunan mampan). Ia memerlukan gabungan perspektif daripada bidang biologi moden dan kejuruteraan proses untuk merealisasikan bioteknologi alam sekitar kepada penyelesaian yang praktikal. Peranan utama bioteknologi alam sekitar adalah untuk membangunkan pendekatan yang lebih baik untuk pembangunan mampan dan memberi kefahaman kepada proses semulajadi di dalam alam sekitar. Bioteknologi alam sekitar secara ringkasnya adalah penggunaan alam semulajadi secara optima untuk menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui, makanan dan nutrien di dalam sinergi kitaran bersepadu di mana sisa dari setiap proses menjadi sumber bahan mentah untuk proses lain. Biorefineri merupakan satu konsep keseluruhan aplikasi bioteknologi alam sekitar.


Senarai Pakar

 

Prof. Dr. Mohd. Ali Hassan
Prof. Dr. Suraini Abd Aziz
Prof. Madya Dr. Mohd Yunus Abd Shukor
Prof. Madya Dr. Hidayah Ariffin
Prof. Madya Dr. Nor ‘Aini Abdul Rahman
Prof. Madya Dr. Phang Lai Yee
Dr. Nur Adeela Yasid
Dr. Mohamad Faizal Ibrahim
Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad 
Dr. Norhayati Ramli
Dr. Mohd. Termizi Yusof
Dr. Ahmad Muhaimin Roslan 
Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff 

Kemaskini:: 25/02/2019 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
B1566658452