Tip Penjimatan Elektrik
- Pastikan penggunaan penghawa dingin, lampu, semua peralatan elektrik, mesin fotostat, komputer dan semua suis ditutup pada waktu rehat (1.00 petang - 2.00 petang) dan selepas waktu pejabat (5.00 petang). Pengecualian diberikan untuk tempat-tempat tertentu bagi tujuan keselamatan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh peraturan.
- Meminimum penggunaan peralatan elektrik pada waktu puncak (peak) kehendak maksimum iaitu di antara waktu 11.00 pagi - 1.00 tgh dan 3.00 ptg - 4.00 ptg.
- Pemasangan lampu pada waktu malam di sekitar premis bangunan hendaklah diminimumkan tanpa menjejaskan keselamatan. Penilaian hendaklah dilakukan untuk mengetahui keperluan serta penjadualan pemasangan lampu.
- Orang terakhir yang menggunakan perlu memastikan penghawa dingin dan lampu di bilik mesyuarat, bilik kuliah dan makmal ditutup setelah digunakan.
- Setkan suhu penghawa dingin kepada suhu sekitar 24 darjah celsius hingga 26 darjah celsius (dalam keadaan biasa).
- Semua pegawai dan kakitangan yang meninggalkan bilik atau ruang kerja kerana urusan mesyuarat atau urusan lain perlu menutup lampu bilik dan komputer masing-masing.
- Meminimumkan penggunaan pendingin udara. Kipas angin dan udara luar bangunan boleh digunakan sebagai pengganti seperti membuka laluan udara seperti tingkap, bagi membenarkan udara keluar masuk ke dalam bangunan.
- Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
Jawatankuasa Penjimatan Utiliti BioTech
Date of Input: |
Updated: | m_radzi
MEDIA SHARING