Dari Meja Dekan | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» MENGENAI KAMI » Dari Meja Dekan

Dari Meja Dekan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW.

Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Saya mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi medium penting dalam menyebarkan maklumat tentang Fakulti kepada khalayak dan massa ke arah menjadikan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul sebagai pilihan utama dalam penyebaran ilmu dan kemahiran yang menyumbang kepada kemajuan dalam bidang bioteknologi di Malaysia dan peringkat antarbangsa.

Untuk makluman semua, Fakulti atau dikenali sebagai BioTech UPM telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 yang menggabungkan dua buah jabatan iaitu Jabatan Bioteknologi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi dan Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Dengan tertubuhnya BioTech UPM, semua aktiviti yang melibatkan bioteknologi di UPM dapat diselaraskan dibawah satu bumbung pentadbiran. Sejak ditubuhkan, BioTech UPM mengandungi empat buah jabatan iaitu Jabatan Teknologi Bioproses, Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Jabatan Biokimia dan Jabatan Mikrobiologi

BioTech UPM juga sentiasa berusaha dalam menyempurnakan amanah  dalam mendidik  pelajar.  Kejayaan mendidik generasi pelajar ini  juga bergantung kepada keupayaan Fakulti dalam  menyediakan tenaga pengajar  yang kompeten melalui  aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan dan penulisan akademik. BioTech UPM juga menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini seperti MOOC, 2u2i, SCL dan penilaian berdasarkan iCGPA dalam mendidik dan mematangkan pelajar. Dalam memperkasakan lagi aktiviti-aktiviti tersebut, pihak Fakulti sentiasa menggalakkan dan menyokong sebarang usaha pemantapan diri oleh kakitangan akademiknya di samping mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti dalam dan luar Negara.

Akhir kata, dengan kewujudan laman sesawang ini, diharapkan ianya mampu untuk memberikan manfaat dan maklumat kepada warga fakulti, universiti, pelajar, pengunjung khususnya kepada keseluruhan masyarakat dan orang awam dalam dan luar negara.

Sekian, terima kasih

Prof. Dr. Arbakariya Ariff

Kemaskini:: 12/07/2017 [m_radzi]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566651829