Young Scientist Network-Academy Of Sciences Malaysia (YSN-ASM) Science Showcase And Outreach Program | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Young Scientist Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) Science Showcase and Outreach Program

Young Scientist Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) Science Showcase and Outreach Program

 
Program diatas dijalankan bersempena pembukaan ASEAN PLUS THREE JUNIOR SCIENCE ODYSSEY 2018 (APTJSO) ke -7 pada 30 Julai 2018. APTJSO adalah kem sains tahunan untuk pelajar berumur antara 13-15 tahúr. Tahun ini, program ini dianjurkan oleh Kementrian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), ASM dan YSN-ASM. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Puan Yeo Bee Yin, Menteri MESTECC di Dewan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
 
Tiga orang ahli fakulti terlibat dalam program ini iaitu Dr Chia Suet Lin (Jabatan Mikrobiologi) yang menjalankan penyelidikan tenting Newcastle Disease Virus bagi rawatan kanser, Dr Mas Jaffri Masarudin (Jabatan Sel dan Biologi Molekul) yang menjalankan penyelidikan tentang partikel nano bagi penghantaran ubat dan Dr Siti Sarah Othman (Jabatan Sel dan Biologi Molekul) yang menjalankan penyelidikan pembangunan spray vaksin lembu.
 
Di samping itu, Dr Adelene Song Ai Lian, Dr Mohd Termizi Yusof dan Pn Sharipah Abu Samah dari Jabatan Mikrobiologi turut dijemput bagi menyediakan stesen mikrobiologi untuk program bantuan mikrobiologi. Di samping peserta APTJSO, kira-kira 350 pelajar dari pelbagai sekolah turut hadir di majlis ini.
 
 
Disediakan oleh:
 
Dr Chia Suet Lin
Jabatan Mikrobiologi

 

Tarikh Input: 03/08/2018 | Kemaskini: 17/08/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEUBAJ~