‘Virtual Microbes’ Dari Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul Mememangi Tempat Pertama Dalam Pertandingan K-Novasi Pengajaran Dan Pembelajaran 2018. | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » ‘Virtual Microbes’ dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul mememangi tempat pertama dalam Pertandingan K-Novasi Pengajaran dan Pembelajaran 2018.

‘Virtual Microbes’ dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul mememangi tempat pertama dalam Pertandingan K-Novasi Pengajaran dan Pembelajaran 2018.

Dr. Eddie Chia Suet Lin dan anggota kumpulannya; Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad, Dr. Adelene Song Ai Lian, Dr. Saila Ismail dan Dr. Amalia Mohd Hashim dari Jabatan Microbiology, Fakulti Bioteknologi dan Saisn Biomolekul, UPM telah memenangi pingat emas pembentangan poster dalam K-Novasi 2018. Karnival tersebut telah diadakan pada 16 – 18 Januari 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Karnival ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, sejajar dengan rancangan transformasi pendidikan tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran abad ke 21. Objektif karnival tersebut adalah untuk meningkatkaan pengetahuan dan kemahiran warga akademik dalam pengajaran dan pembelajaran, serta untuk berkongsi idea dan pandangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dr. Eddie Chia dan ahli kumpulannya telah membentangkan “Virtual Micobes”, satu kaedah pembelajaran secara maya menggunakan teknologi  dalam talian bagi mempelajari subjek Mikrobiologi.  Kaedah tersebut melibatkan penggunaan peralatan dalam talian seperti Kahoot, Canva, Padlet dan lain-lain oleh pelajar-pelajar ijazah pertama dari pelbagai universiti dimana mereka dikehendaki menggunakan perlatan tersebut untuk berdiskusi dan menyelesaikan masalah yang diberikan berkaitan mikrobiologi secara berkumpulan.

Tahniah Dr. Eddie Chia dan ahli kumpulannya!

Disediakan oleh:

Dr Amalia Mohd Hashim,

Jabatan Mikrobiologi

Tarikh Input: 22/01/2018 | Kemaskini: 05/02/2018 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdQAV~