Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Menghadiri Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan Secara Maya | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Menghadiri Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan Secara Maya

Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Menghadiri Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan Secara Maya

Seramai lapan orang pensyarah dari Kolej Vokasional(Pertanian) Chenor, Kolej Vokasional (Pertanian) TelukIntan dan Kolej Vokasional Lahad Datu, baru-baru initelah menyertai Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhananjuran Jabatan Biologi Sel dan Molekul, FakultiBioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia. Bengkel tersebut dijalankan secara dalamtalian pada 24 dan 25 Ogos 2021.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Puan HajjahNorhayati binti Ab Wahab, Timbalan Pengarah SektorPembangunan Kejurulatihan Dan Hubungan Industri, Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir ialahEncik Rosli bin Sha’ban (Pengarah Kolej Vokasional(Pertanian) Chenor), Prof. Madya Dr. Adam Leow TheanChor (Ketua Jabatan, Jabatan Biologi Sel dan Molekul), Encik. Mohd Hafiezh Bin Mohd Zamri (PenyelarasProgram Kebangsaan (Bioteknologi) untuk KolejVokasional), Puan Nuramira Shakira binti Shahabudin(Perunding Program), para peserta serta warga kerjaJabatan Biologi Sel dan Molekul.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telahdidedahkan dengan pelbagai topik merangkumi sejarahkultur tisu tumbuhan sehinggalah aplikasi kultur tisutumbuhan dalam industri yang disampaikan oleh para penceramah dari Jabatan Biologi Sel dan Molekul. Secara keseluruhannya, bengkel ini berlangsungdengan jayanya dan menerima maklumbalas positifdaripada para peserta. Sesi amali secara bersemukadijadualkan pada bulan Disember 2021 bergantungkepada garis panduan terkini yang akan dikeluarkanoleh Majlis Keselamatan Negara.

 

Terima kasih.

 

Disediakan oleh,

Nadiya Akmal binti Baharum

Setiausaha

Bengkel Asas Kultur Tisu Tumbuhan

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | m_radzi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdJAK~