Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad Dan Pelajar Dari Jabatan Mikrobiologi Memenangi Anugerah Dan Pingat Di International University Carnival On E-Learning 2017 IUCEL2017. | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad dan pelajar dari Jabatan Mikrobiologi memenangi anugerah dan pingat di International University Carnival on e-Learning 2017 IUCEL2017.

Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad dan pelajar dari Jabatan Mikrobiologi memenangi anugerah dan pingat di International University Carnival on e-Learning 2017 IUCEL2017.

Foto Universiti Putra Malaysia.

 

Baru-baru ini, Prof Madya Dr Wan Zuhainis Saad dan pelajar-pelajar dari Jabatan Mikrobiologi Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah menyertai IUCEL2017 pada 26-27 September 2017. Karnival tersebut dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Islam Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dan Malaysia Centre for E-Learning. Karnival tersebut diadakan sebagai platform untuk menggalakkan, berkongsi dan menerokai amalan e-pembelajaran terbaik bagi semua peringkat institusi pendidikan peringkat global. Di karnival ini, Prof. Madya Dr Wan Zuhainis Saad telah memenangi "Best Trend Setter Award" sebagai pengiktirafan bagi kecemerlangan beliau dalam mempromosikan e-pembelajaran yang inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, beberapa projek mikrobiologi dari Jabatan Mikrobiologi Fakulti Bioteknologidan Sains Biomolekul telah memenangi 5 pingat emas dan 3 pingat perak. Senarai pemenang anugerah dan pingat bagi karnival ini boleh dicapai di laman sesawang berikut:

Anugerah:  http://iucel2017.usim.edu.my/awards/

Pingat emas: http://iucel2017.usim.edu.my/gold-medal/

Pingat perak: http://iucel2017.usim.edu.my/silver-medal/

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Disediakan oleh:

Dr. Amalia Mohd Hashim

Jabatan Mikrobiologi

Tarikh Input: 10/10/2017 | Kemaskini: 10/10/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
C1571088653