
Bagi mengiktiraf kecemerlangan beliau dalam bidang mikrobiologi, Prof. Datin Paduka Dr Khatijah Mohd Yusoff baru-baru ini telah diberi pengiktirafan sebagai salah seorang tokoh yang boleh membawa inspirasi kepada perubahan dunia. Pengiktirafan ini telah diberikan oleh sebuah laman web "Have Halal, Will Travel (HHWT)". Artikel yang telah diterbitkan di laman web HHWT bertajuk "12 Influential Muslim Women Who’ll Inspire You to Change The World” memberikan penghormatan kepada 12 orang tokoh wanita Islam terkemuka dimana sumbangan mereka telah memberikan impak dalam banyak bidang seperti kesenian, fesyen, sains, muzik, kemasyarakatan dan sukan. Artikel tersebut ditulis sempena meraikan kejayaan wanita-wanita Islam ini sebagai inspirasi kepada semua wanita melalui usaha-usaha mereka selama ini. HHWT merupakan sebuah syarikat teknologi media di Singapura yang mengumpulkan maklumat dan bahan bagi membantu pelancong-pelancong Muslim merancang perjalanan mereka ke luar negara. Penulisan dan penerbitan HHWT dapat dibaca oleh setengah juta pelancong Muslim dalam sebulan.
Tarikh Input: 10/10/2017 |
Kemaskini: 10/10/2017 | m_radzi
PERKONGSIAN MEDIA