Pelajar Dinobatkan Pembentang Poster Terbaik Di 33rd Malaysian Society Of Pharmacology And Physiology (MSPP) Scientific Meeting 2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Pelajar Dinobatkan Pembentang Poster Terbaik di 33rd Malaysian Society of Pharmacology and Physiology (MSPP) Scientific Meeting 2019

Pelajar Dinobatkan Pembentang Poster Terbaik di 33rd Malaysian Society of Pharmacology and Physiology (MSPP) Scientific Meeting 2019

Yang Shun Kai, pelajar PhD daripada Jabatan Biologi Sel dan Molekul, telah dinobatkan sebagai Pembentang Poster Terbaik di 33rd Malaysian Society of Pharmacology and Physiology (MSPP) Scientific Meeting 2019, yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya, pada 15-16 Julai yang lalu. MSPP merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Malaya dengan kerjasama Malaysian Society of Pharmacology and Physiology dan Controlled Release Society.

 

Yang Shun Kai telah memenangi anugerah tersebut berbanding 54 peserta lain daripada pelbagai universiti di Malaysia. Beliau membentangkan sebahagian projek PhD beliau yang bertajuk “Pati minyak lavender mengganggu membran bakteria Klebsiella pneumoniae yang menghasilkan carbapenemase dengan merangsang tekanan oksidatif”. Beliau kini sedang menjalankan kajian mengenai perintang antibiotik di bawah bimbingan Dr. Lai Kok Song. Beliau berharap hasil kajian ini dapat menyelesaikan masalah mikroorganisma perintang antibiotik melalui penerokaan antimikrobial yang baru daripada produk natural.

 

Disediakan oleh,

Dr. Lai Kok Song,

Jabatan Biologi Sel dan Molekul.

Tarikh Input: 31/07/2019 | Kemaskini: 31/07/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDcTA1~