Lebih Seribu Pelajar Mengeksplorasi ‘Booth’ FBSB Sempena ‘Asasi Education Fair’ 2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Lebih Seribu Pelajar Mengeksplorasi ‘Booth’ FBSB Sempena ‘Asasi Education Fair’ 2019

Lebih Seribu Pelajar Mengeksplorasi ‘Booth’ FBSB Sempena ‘Asasi Education Fair’ 2019

Lebih Seribu Pelajar Mengeksplorasi ‘Booth’ FBSB Sempena ‘Asasi Education Fair’ 2019

UPM, SERDANG 27 Februari 2019 - Seramai lebih seribu pelajar daripada program Asasi di UPM, sekolah-sekolah, matrikulasi dan kolej berpusu-pusu mengunjungi ‘booth’ Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) sempena program tahunan ‘Asasi Education Fair’ di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

30 orang staf akademik dan pentadbiran serta pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Ijazah Pertama telah mengambil bahagian untuk memberi informasi yang mendalam tentang pengajian Ijazah Pertama di FBSB kepada pengunjung. Malah, para pengunjung berpeluang mengikuti taklimat khas tentang program-program di fakulti serta melihat sendiri produk-produk penyelidikan yang dihasilkan.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan dan mendapat informasi tentang potensi kerjaya di masa hadapan.

Dalam program ini, fakulti telah meraih tempat kedua dalam ketegori ‘booth’ terbaik bagi tahun 2019. Syabas FBSB!

Tarikh Input: 12/03/2019 | Kemaskini: 15/03/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXETOAL~