Pada tarikh 25 April 2019, pelajar-pelajar program Sarjana Muda dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Melaka, Kampus Jasin, telah mengadakan lawatan akademik ke Makmal Biotech 3, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Lawatan telah dimulakan dengan taklimat pengenalan Fakulti dan Jabatan Biologi Sel dan Molekul oleh Dr. Dhilia Udie Lamasudin yang diadakan di Bilik Kuliah 3.1. Kemudian, para pelajar telah dibawa ke Makmal Biologi Molekul Tumbuhan dan diberi penerangan mengenai kultur tisu tumbuhan oleh Dr. Noor Baity Saidi. Seterusnya, para pelajar telah dibawa ke Makmal Biologi Molekul. Penerangan mengenai aplikasi kejuruteraan genetik ke atas tumbuhan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Ho Chai Ling, selaku ketua makmal. Lawatan ini merupakan salah satu langkah mempromosikan kemudahan-kemudahan makmal yang berkaitan dengan penyelidikan tumbuhan kepada pelajar, yang diharapkan dapat mengukuhkan minat mereka dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia.
Disediakan oleh,
Dr Dhilia Udie Lamasudin
Jabatan Biologi Sel dan Molekul
Tarikh Input: 07/05/2019 | Kemaskini: 08/05/2019 | hirfarizan
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia