Biotech @ KLESF 2019 Kuala Lumpur Engineering And Science Fair MIECC - 1st To 3rd November 2019 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Biotech @ KLESF 2019 Kuala Lumpur Engineering and Science Fair MIECC - 1st to 3rd November 2019

Biotech @ KLESF 2019 Kuala Lumpur Engineering and Science Fair MIECC - 1st to 3rd November 2019

KLSEF 2019 adalah acara tahunan yang telah dianjurkan oleh ASEAN Academy of Engineering and Technology (AAET), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), dan Institut Jurutera Malaysia (IEM). Ia menawarkan pelbagai program dan pertandingan untuk meningkatkan minat di dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di kalangan belia semuda 4 tahun hingga ke tahap pra-universiti.
Profesor Madya Dr. Siti Sarah Othman selaku Koordinator Makmal Bioteknologi Mikrob (MBL), Jabatan Biologi Sel dan Molekul, Bersama dengan Profesor Madya Dr. Chia Suet Lin daripada Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BIOTECH) telah menyertai acara ini dengan jayanya. Dengan kolaborasi aktif mereka bersama Dr. Muhammad Zamir Othman, ketua makmal FAST-LAB, Universiti Sains Islam Malaysia, gabungan ini telah menawarkan lebih daripada 10 aktiviti STEM kepada pelajar dan orang ramai.
Aktiviti yang disediakan terdiri daripada eksperimen pemencilan DNA yang dilakukan oleh pelawat yang akan memencilkan DNA mereka daripada air liur mereka sendiri sehingga penghasilan pepejal lendir, pengecilan hasil seni, wangian kendiri dan pembuatan hidrogel sendiri untuk pertanian bandar. Ahli “MBL x BIOTECH” telah ditaja oleh Malaysian Society for Molecular Biology and Biotechnology melalui geran komuniti EduSTEM. Lebih daripada 70,000 pelawat dari seluruh pelusuk Malaysia telah menyertai acara tahun ini.

Tarikh Input: 20/11/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDTQAl~