Bengkel Pencirian Biokimia Dan Molekular Bakteria Dan Kulat Menggunakan Kaedah Bioinformatik | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel Pencirian Biokimia dan Molekular Bakteria dan Kulat Menggunakan Kaedah Bioinformatik

Bengkel Pencirian Biokimia dan Molekular Bakteria dan Kulat Menggunakan Kaedah Bioinformatik

 
Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel Mikrobiologi yang ke-10 bertajuk "Pencirian Biokimia dan Molekular Bakteria dan Kulat menggunakan kaedah Bioinformatik"  pada 18-20 hb Julai 2017 di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM. Seramai 29 orang peserta telah menghadiri kursus ini selama tiga hari, termasuk seorang peserta antarabangsa dari negara Indonesia. Sebanyak lima sesi kuliah dan 12 sesi amali telah dijalankan yang merangkumi topik-topik berhubung pencirian mikroorganisma. Antara teknik yang telah diajar di dalam bengkel ini adalah analisa mikroskopik dan biokimia serta pencirian bakteria dan kulat menggunakan jujukan 16S rRNA dan 'Internal Transcribed Spacer'. Peserta yang telah menghadiri bengkel ini terdiri dari kalangan pensyarah, pegawai penyelidik dan pembantu makmal dari pelbagai universiti, institusi penyelidikan dan industri swasta. Bersempena bengkel ini juga, sebuah buku yang mengandungi manual yang bertajuk "Laboratory Manual on Molecular Techniques for Identification of Bacteria and Fungi" telah diterbitkan oleh Jabatan Mikrobiologi, FBSB. Manual ini merupakan edisi kedua yang diterbitkan oleh jabatan yang merangkumi protokol-protokol standard yang biasa digunakan di makmal. Bagi yang berminat untuk mendapatkan manual ini boleh menghubungi Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM.
 
Antara kandungan manual ini:
 
1. Analisa mikroskopik bakteria dan kulat
2. Pengekstrakan dan kuantifikasi DNA genom bakteria dan kulat
3. PCR dan elektroforesis gel agaros
4. Pemurnian DNA
5. Mengedit kromatogram jujukan DNA menggunakan Chromas
6. Pencarian persamaan jujukan menggunakan BLAST dan analisa filogeni menggunakan MEGA
7. Merekabentuk primer
8. Penghantaran jujukan DNA ke Genbank
 
Disediakan oleh:

Dr. Amalia Mohd Hashim
Jabatan Mikrobiologi

Tarikh Input: 21/08/2017 | Kemaskini: 24/08/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEUOAU~