Event Title
Penyertaan Pelajar Siswazah FBSB dalam Asia Science Hive 2023
Date
26 Oct 2023 - 26 Oct 2023
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Tuan/Puan.
Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dengan kerjasama pelajar siswazah dari Mitsubachi & Seabook, Jepun akan menganjurkan program Asia SCIENCE HIVE 2023 pada 10 Disember 2023 bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menggalakkan para pelajar siswazah dibawah seliaan YBhg. Prof./Tuan/Puan menyertai program ini dimana ianya dapat memberi pendedahan serta ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar selain dapat berkongsi pandangan dan idea penyelidikan mereka dengan pelajar dan juga agensi dari luar negara.
Untuk makluman YBhg. Prof./Tuan/Puan, Pre-Event bagi program sebenar akan diadakan pada 26 Oktober 2023 jam 7.00 petang secara atas talian. Maklumat lanjut berkenaan Asia Science Hive 2023 serta Pre-Event yang bakal diadakan nanti, boleh didapati di link berikut:
https://science-hive.com/
Perhatian, sokongan serta kerjasama YBhg. Prof/Tuan/Puan di dalam perkara ini didahului dengan ribuan terima kasih.
![]()
Updated:: 26/10/2023 [nazriah]
MEDIA SHARING