Electricity Saving Campaign | FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Electricity Saving Campaign

Tip Penjimatan Elektrik

  1. Pastikan penggunaan penghawa dingin, lampu, semua peralatan elektrik, mesin fotostat, komputer dan semua suis ditutup pada waktu rehat (1.00 petang - 2.00 petang) dan selepas waktu pejabat (5.00 petang). Pengecualian diberikan untuk tempat-tempat tertentu bagi tujuan keselamatan dan keperluan yang telah ditetapkan oleh peraturan.
  2. Meminimum penggunaan peralatan elektrik pada waktu puncak (peak) kehendak maksimum iaitu di antara waktu 11.00 pagi - 1.00 tgh dan 3.00 ptg - 4.00 ptg.
  3. Pemasangan lampu pada waktu malam di sekitar premis bangunan hendaklah diminimumkan tanpa menjejaskan keselamatan. Penilaian hendaklah dilakukan untuk mengetahui keperluan serta penjadualan pemasangan lampu.
  4. Orang terakhir yang menggunakan perlu memastikan penghawa dingin dan lampu di bilik mesyuarat, bilik kuliah dan makmal ditutup setelah digunakan.
  5. Setkan suhu penghawa dingin kepada suhu sekitar 24 darjah celsius hingga 26 darjah celsius (dalam keadaan biasa).
  6. Semua pegawai dan kakitangan yang meninggalkan bilik atau ruang kerja kerana urusan mesyuarat atau urusan lain perlu menutup lampu bilik dan komputer masing-masing.
  7. Meminimumkan penggunaan pendingin udara. Kipas angin dan udara luar bangunan boleh digunakan sebagai pengganti seperti membuka laluan udara seperti tingkap, bagi membenarkan udara keluar masuk ke dalam bangunan.
  8. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

Jawatankuasa Penjimatan Utiliti BioTech


Updated:: [m_radzi]

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471047
0389467590
AACSB International SIRIM UKAS