Latar Belakang | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» JABATAN » Teknologi Bioproses » Latar Belakang

Latar Belakang


Jabatan Teknologi Bioproses adalah yang pertama di Malaysia menawarkan program Bacelor Sains (Bioteknologi) kepada pelajar prasiswazah. Objektif utama program adalah menyediakan graduan berpengetahuan yang mencukupi dalam bidang bioteknologi dengan fokus kepada teknologi bioproses untuk penghasilan produk dan perkhidmatan bioteknologi.Program ini mengambil masa selama 3 tahun dengan 5 modul yang ditawarkan dalam program : Bioteknologi Makanan, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Tumbuhan dan Biologi Molekul. Semua graduan akan menjalani Latihan Industri pada semester keempat. Pelajar tahun akhir akan memilih salah satu modul seperti senarai di atas dan akan menjalankan projek penyelidikan di bawah seliaan penyelia yang mahir.

Kelulusan masuk adalah sekurang-kurangnya lulus dalam Matrikulasi Sains Hayat atau lulus dalam peperiksaan STPM. Jabatan Teknologi Bioproses juga menawarkan program ijazah lanjutan iaitu program Master Sains dan PhD. Bagi graduan dari program Ms perlu menjalankan penyelidikan dan melengkapkan 9 kredit minimum dan 12 kredit bagi program PhD. Bidang-bidang yang ditawarkan seperti Bioinformatik, Biokimia, Biologi Molekul dan Kejuruteraan Genetik, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Makanan dan Enzim, Bioteknologi Mikrob,Bioteknologi Sel Haiwan, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Tumbuhan, Biologi Struktur, Mikrobiologi dan Nanobioteknologi.


Kemaskini:: 31/05/2016 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDTSAN~