| FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND BIOMOLECULAR SCIENCES

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.  

 

PENGALAMAN

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (BioTech UPM) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2004 yang menggabungkan dua buah jabatan iaitu Jabatan Bioteknologi di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi dan Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi di Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar. Dengan tertubuhnya BioTech UPM, semua aktiviti yang melibatkan bioteknologi di UPM dapat diselaraskan dibawah satu pentadbiran. Sejak ditubuhkan, BioTech UPM mengandungi empat buah jabatan yang terdiri daripada :

  1. Jabatan Teknologi Bioproses
  2. Jabatan Biologi Sel dan Molekul
  3. Jabatan Biokimia
  4. Jabatan Mikrobiologi

BioTech UPM menawarkan empat program akademik pada peringkat Pra-siswazah. Program tersebut adalah Bacelor Sains (Kepujian) Bioteknologi, Bacelor Sains (Kepujian) major samada dalam bidang Biokimia atau Mikrobiologi, dan Bacelor Sains (Kepujian ) Sel dan Biologi Molekul. Bagi pengajian peringkat Siswazah, BioTech UPM menawarkan program Master Sains (MS) dan Doktor Falsafah (PhD). Bidang-bidang kajian yang ditawarkan adalah Bioteknologi Sel Haiwan, Biokimia, Bioinformatik dan Biologi Sistem, Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Enzim dan Makanan, Kejuruteraan Genetik dan Biologi Molekul, Bioteknologi Industri, Bioteknologi Mikrob, Mikrobiologi, Nanobioteknologi, Bioteknologi Tumbuhan dan Biologi Struktur.


KEPAKARAN

Setiap jabatan menawarkan kursus teras dan elektif sebagai program pengajian jabatan masing-masing. Selain dari pengajaran, pegawai akademik juga terlibat di dalam penyelidikan, perkhidmatan pengenbangan dan perundingan. Walaupun BioTech UPM merupakan fakulti yang baru, semua pegawai akademik adalah berpengalaman dan mempunyai kemahiran teknikal yang luas dalam bidang kepakaran masing-masing yang melibatkan bidang Bioteknologi. Statistik semasa, BioTech UPM mempunyai seramai 14 orang Profesor, 14 orang Profesor Madya, 34 orang Pensyarah Kanan dan 16 orang Tutor.

 

 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Fakulti ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat profesional yang lengkap dan terkini seperti :

Dewan/Bilik Kuliah
Bilik Komputer
Ruang Belajar
Makmal Pengajaran/Penyelidikan
Bilik Seminar/Tutorial
Bilik Perbincangan
Bilik Persatuan Pelajar
Bilik Mesyuarat

Kemudahan Internet/Wifi
Surau
Cafeteria


KERJASAMA ANTARABANGSA

Fakulti sangat aktif dalam menjalinkan hubungan kerjasama bersama Universiti-universti antarabangsa bagi memperluaskankan lagi kerjasama perkembangan akademik dan penyelidikan, antara Universiti yang terlibat adalah :

Nara Institute of Science and Technology
Okayama University
Funtional Food Creation Research Institute Co. Ltd.
Kyushu Institute of Technology
Tropbio Research Sdn. Bhd.
Thamar University
The Chancellor Master and Scholars of The University of Oxford
Chulalongkorn University
Thailand Institute of Science and Technological Research (TISTR)

JAMINAN KUALITI PROGRAM

Program akademik fakulti mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 dan telah diberikan status swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Program-program ini dinilai setiap tahun oleh penilai luaran bebas daripada institusi terkemuka luar negara dan juga disemak setiap 5 tahun bagi menambahbaik kualiti program yang dismpaikan

PRASISWAZAH PASCA SISWAZAH
 Syarat Kemasukan | Program Pengajian | Yuran Pengajian | Kalendar Akademik.

Bidang Pengajian | Syarat Kemasukan | Yuran Pengajian | Kalender Akademik | Panduan Permohonan | Makluman

C1498300331