LAWATAN SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN SMK KOMPLEKS KLIA KE BIOTECH | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » LAWATAN SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN SMK KOMPLEKS KLIA KE BIOTECH

LAWATAN SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN SMK KOMPLEKS KLIA KE BIOTECH

LAWATAN SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI DAN SMK KOMPLEKS KLIA KE FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL

Selasa, 22 Mac 2016

UPM: Seramai 50 pelajar dan dua orang pengiring dari SMK Bandar Baru Salak Tinggi dan SMK Kompleks KLIA telah melawat Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM Serdang.

Tujuan lawatan pelajar adalah untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai program pengajian prasiswazah yang ditawarkan di fakulti dan juga cara pembelanjaran yang dikendalikan di fakulti. Peluang pekerjaan setelah mengikuti program Bacelor Sains Kepujian Biokimia, Bioteknologi, Sel dan Biologi Molekul dan Mikrobiologi juga diterangkan kepada pelajar-pelajar. Penerangan program fakulti disampaikan oleh Dr. Ahmad Muhaimin Roslan setelah ucapan alu-aluan diberikan oleh Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling. Sesi soal jawab turut dibantu oleh Dr. Zetty Norhana Balia Yusof, Dr. Lai Kok Song, Dr. Murni Halim dan Dr. Fadzlie Wong Faizal Wong. 

Pelajar-pelajar juga telah melawat ke makmal-makmal prasiswazah selepas penerangan program fakulti. Dr. Asilah Ahmad Tajudin dan Dr. Fairolniza Mohd. Shariff telah memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kelas amali yang dikendalikan oleh mereka pada masa lawatan tersebut.

Selepas itu, mereka dibawa ke Kompleks Biorefineri@UPM untuk melihat kajian terkini loji pandu yang dijalankan oleh pelajar-pelajar siswazah.



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEZAAj~