Empat Pakar UPM Dilantik Felo Baharu Akademi Sains Malaysia (ASM) | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Empat pakar UPM dilantik Felo Baharu Akademi Sains Malaysia (ASM)

Empat pakar UPM dilantik Felo Baharu Akademi Sains Malaysia (ASM)

Felo Akademi Sains


Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

KUALA LUMPUR - Seramai empat pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilantik sebagai felo baharu Akademi Sains Malaysia (ASM) baru-baru ini.

Pakar yang dilantik ialah Profesor Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo (Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa) dan  Prof. Dr. Borhanuddin Mohd Ali (Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi), kedua-duanya dari Fakulti Kejuruteraan yang memainkan peranan dalam bidang Kejuruteraan dan Sains Komputer.

Pakar UPM yang turut dilantik ialah Prof. Dr. Ahmad Ismail (Jabatan Biologi, Fakulti Sains) dan Prof. Dr. Mohd Ali Hassan (Jabatan Teknologi Bio-Proses), kedua-duanya menyumbang dalam bidang biologi, pertanian dan sains alam sekitar.

Presiden ASM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata seramai 25 saintis, jurutera dan pakar teknologi terkemuka negara dipilih sebagai felo baharu ASM sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21 akademi itu pada 30 April lalu.
 
"Kepakaran akademi kini berkembang kepada 27 felo kanan dan 303 felo, selain felo akademi, rangkaian pakar kami juga meliputi 32 ahli bersekutu, 51 ahli saintis muda dan 110 saintis penyelidik terkenal negara,” katanya.

Sementara itu Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris ketika mengulas pencapaian itu menyifatkan pengiktirafan ASM amat bermakna kepada UPM hasil sumbangan mereka dalam kecemerlangan bidang sains, teknologi dan inovasi pada peringkat nasional dan antarabangsa.

“Pemilihan Felo ASM dari UPM diharapkan dapat menyumbang kepada pelbagai kajian strategik, program dan aktiviti ASM,” katanya.


Tarikh Input: | Kemaskini: | azima_annuar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEUVA3~