Dekan FBSB Penerima Anugerah Merdeka 2015 | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Dekan FBSB penerima Anugerah Merdeka 2015

Dekan FBSB penerima Anugerah Merdeka 2015

Merdeka Award 2015

 

 

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengumumkan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohd Sukor Suait, 30, dan Pembantu Penyelidik Universiti Malaya Chua Ling Ling, 26, sebagai penerima Anugerah Geran Merdeka 2015.

Baginda yang juga Penaung Diraja Anugerah Merdeka turut mengumumkan enam penerima Anugerah Merdeka 2015 bagi mengiktiraf pencapaian serta sumbangan dalam bidang diceburi mereka.

Mereka ialah Tan Sri Dr Jemilah Mahmood bagi kategori Pendidikan dan Komuniti, Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid (Alam Sekitar), Prof Datin Dr Khatijah Mohamad Yusoff (Kesihatan, Sains dan Teknologi), Prof Dr Ir Mohd Ali Hashim (Pencapaian Ilmiah Terunggul) serta Dr Elizabeth Lesley Bennett (Sumbangan Cemerlang Kepada Rakyat Malaysia).

Sultan Nazrin bertitah, Anugerah Merdeka yang diasaskan Petronas, ExxonMobil dan Shell pada 27 Ogos 2007 untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia dan juga bukan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan cemerlang serta berkekalan kepada negara dan rakyat Malaysia dalam bidang yang diceburi mereka.

“Setiap penerima Anugerah Merdeka menerima wang tunai RM500,000, trofi serta karya seni hasil pelukis Malaysia Latiff Mohidin.

“Penerima Anugerah Geran Merdeka pula akan ditempatkan di institut antarabangsa berprestij selama tiga bulan untuk melakukan kajian lanjut dalam bidang masing-masing,” titah baginda pada majlis pengumuman Anugerah Merdeka 2015 di Malaysian Petroleum Club, KLCC, di sini, semalam.

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 06/09/2018 | azima_annuar

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDcUAu~