Bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» BERITA » Bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan

Bengkel Teknologi Asas DNA Rekombinan

 

Tanggal 11 hingga 13 Jun 2017, Jabatan Biologi Sel dan Molekul telah menganjurkan bengkel  “Teknologi Asas DNA Rekombinan” di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Bengkel ini telah dianjurkan untuk kali kedua. Kali ini, Axon Scientific Sdn Bhd telah menjadi penaja utama terhadap bahan-bahan penyelidikan yang digunakan untuk bengkel. Sepanjang tiga hari, peserta telah didedahkan dengan sesi kuliah pada sebelah pagi dan sesi praktikal makmal pada sebelah petang. Seramai 16 orang peserta tempatan dan luar negara telah mendaftar untuk bengkel, manakala 2 orang peserta tempatan telah mendaftar untuk kuliah sahaja. Antara topik yang dibincangkan adalah teknik asas dalam biologi molekul, Tindakbalas Berantai Polymerase, teknik pengklonan gen, transformasi DNA, sistem pengekspresan gen dan bioinformatik. Seramai 7 orang penunjukajar termasuk seorang wakil Axon Scientific telah membantu dalam memastikan kelancaran praktikal makmal. Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya meningkatkan ilmu dan kemahiran para peserta  dalam bidang teknologi asas DNA rekombinan.

Disediakan oleh:

Dr Lai Kok Song
Jabatan Biologi Sel dan Molekul

Tarikh Input: 03/08/2017 | Kemaskini: 17/11/2017 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXEaEAT~