Bacelor Sains Biologi Sel Dan Molekul Dengan Kepujian | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» AKADEMIK » Prasiswazah » Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian

Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian

PENGENALAN

Program Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian, di bawah Jabatan Biologi Sel dan Molekul, telah dirangka dengan matlamat untuk menghasilkan graduan yang dapat menyokong perkembangan dan kemajuan bidang bioteknologi di Malaysia.  Bidang biologi sel dan molekul adalah teras kepada semua aktiviti berasaskan sistem biologi dan dalam masa yang sama merupakan komponen utama dalam bidang bioteknologi

STRUKTUR KURIKULUM

Struktur Kurikulum ini dirangka berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang ditetapka noleh Majlis Pengajian Tinggi Negara (MPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Universiti Putra Malaysia. Pelajar perlu menyempurnakan sekurang-kurangnya 125  kredit termasuk 2 jam kredit kursus kokurikulum untuk bergraduat. Kursus yang ditawarkan dalam Program ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Universiti, Kursus Teras dan Kursus Elektif.

Kursus Universiti

Kursus yang diperuntukkan (mengikut ketetapan Universiti) bagi memastikan pendidikan yang menyeluruh dapat diberikan kepada pelajar.  Sebanyak 25 kredit yang merangkumi sembilan (9) kursus dan 2 kredit kursus kokurikulum perlu diambil oleh pelajar. Komponen Kursus Universiti ini terdiri daripada kursus kemanusiaan bagi memupuk nilai murni, etika dan moral serta kursus yang bertujuan membentuk kemahiran komunikasi dan keusahawanan yang penting kepada kemajuan kerjaya pelajar.

Kursus Teras

Kursus yang ditetapkan dalam Program (67 kredit) untuk mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam bidang pengajian biologi sel dan molekul.

Kursus Elektif

Kursus elektif (33 kredit) terdiri daripada:

- Kumpulan I (21kredit) yang terdiri daripada elektif teras Biologi Sel dan Molekul.
- Kumpulan II (6kredit) adalah elektif pengurusan dan kemanusiaan.
- Kumpulan III yang terdiri daripada elektif bebas (6 kredit) termasuk 3 kredit untuk bahasa global untuk melengkapkan jumlah keseluruhan kredit bergraduat iaitu 125 kredit.

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Am Universiti

Lepasan STPM

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan,
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    - Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
    - Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).


Lepasan Matrikulasi/Asasi

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan ;
  2. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains Pertanian UPM/ Asasi Sains UM/Asasi, dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 
Lepasan Diploma

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  3. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya;
    - Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
    - Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; atau
  4. Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2012atau sebelumnya dengan mendapat sekurang kurangnya PNGK 2.00; dan
  5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).


SYARAT KHAS PROGRAM


ALIRAN SAINS

Lepasan STPM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Biologidan
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimiaatau
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimiadan
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Biologi;


Lepasan Matrikulasi/Asasi

  1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran Biologi;dan
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran Kimia;atau
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran Kimia;dan
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mata pelajaran Biologi.


Lepasan Diploma

Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Secara keseluruhan, hasil pembelajaran program adalah bagi melahirkan graduan yang berupaya untuk;

  1. Mempamerkan pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, konsep, prinsip dan teori berkaitan dengan biologi sel dan molekul;
  2. Menguasai kemahiran teknikal biologi sel dan molekul;
  3. Mencapai keupayaan berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan biologi sel dan molekul.
  4. Menguasai kecekapan berkomunikasi dan pembentangan;
  5. Bekerja dalam pasukan dengan penuh tanggungjawab;
  6. Mengamalkan sikap profesionalisme, nilai, sikap dan etika;
  7. Menggunakan kemahiran dan prinsip pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan akademik dan kerjaya;
  8. Mempamerkan kemahiran dalam pengurusan dan keusahawanan;
  9. Berperanan secara aktif dan berupaya mengetuai aktiviti kumpulan.


MAKLUMAT KERJAYA

Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam sektor awam atau swasta. Graduan boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi sama ada di universiti dalam negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan. Secara amnya, peluang kerjaya graduan dapat disenaraikan di bawah:

  • Ahli Biologi Sel dan Molekul
  • Pegawai Sains
  • Pegawai Penyelidik
  • Eksekutif Makmal
  • Pegawai Kawalan Kualiti

Kemaskini:: 06/07/2017 [m_radzi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDcSAT~