Latar Belakang | FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
» AKADEMIK » Latihan Industri » Latar Belakang

Latar Belakang

li_bm

 

 

Kursus Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib untuk bergraduat. Dijalankan pada akhir semester 8 (pelajar tahun 4) iaitu pada bulan Mac sehingga Jun (bergantung kepada jadual akademik Universiti). Tempoh bagi latihan industri adalah selama 12 minggu. Pelajar diberi peluang untuk membuat latihan industri di agensi kerajaan atau beberapa syarikat atau kilang industri yang terpilih. Latihan Industri dikendalikan oleh penyelaras bersama seorang penyelia atau pengurus dari agensi atau syarikat atau kilang tersebut.

Kod Kursus Latihan Industri

  • BCH4905 (Prasyarat BCH3109/BCH3110/BCH3111)
  • BTC4902 (Dengan kebenaran jabatan)
  • BSM4902 (Tiada Prasyarat)
  • BMY4902 (Tiada Prasyarat)

Hasil Pembelajaran
  • Menganalisis permasalahan di tempat kerja dengan kritis (C4, CTPS);
  • Mempamer kebolehan mengaplikasi aspek teori dan praktikal yang telah dipelajari dengan amalan semasa di industri atau organisasi (P5, LL) ;
  • Mempamer komitmen, etika dan profesionalisme semasa melaksanakan tugas (A3, EM);
  • Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dan bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (CS, TS)

 


Maklumat lanjut sila hubungi :-

Prof. Madya Dr. Phang Lai Yee
Ketua Penyelaras Latihan Industri

phanglaiyee@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 02/03/2023 [sam_hidayah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691047
0397697590
SXDdXAv~